loVe 4 EveR

loVe 4 EveR

11 May 2011

Renung-renungkan Lah.

"mengapa suami suka melihat kerja-kerja rumah tangga itu tak bermakna.Mereka cenderung tidak menghargai kerja isteri dirumah.Padahal kerja rumah itu memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menguruskannya.kalau isteri tak kebal mental siapa yang redha bangun tengah malam dalam keadaan mengantuk untuk menyusui anak kemudian menghantar ke sekolah sementara suami asyik tidur.Memasak,membasuh pakaian dan mengatur kemas rumah walaupun tak sihat.Menahan sabar dengan kerenah anak-anak dan menjaga mereka sepanjang masa.Pekerjaan apakah di dunia ini paling tidak berbaloi jika di gaji termahal sekalipun,kalau hati anda terus menerus diusahakan oleh perkerjaan itu.Masa dan ruang anda tetap berada dalam kongkonganya dan anda tidak ada cuti sehari pun untuk kerier sepanjang hayat ini.Inilah kerja sebagai suri rumah sepenuh masa yang sering diremehkan para suami kerana isteri-isteri ini tidak bergaji dan tentu saja tidak ada harta isteri yang boleh dimanfaatkan suami.Keadaan sebegini membuat suami sering mengukit, 'Kalau awak bekerja bolehlah tolong saya uruskan masalah kewangan keluarga,sudahlah tak bekerja,di rumah saya juga mesti tolong awak?' Memang!.Dalam islam taat kepada suami adalah kewajibpan tetapi ketaatan ini bukan dimanipulasikan kerana taat isteri menuntut balasan dari suami.Balasannya ialah penghargaan,ketundukan,kasih sayang,setia dan sudi berkongsi.

10 May 2011

KerUsi maMam..

thanz uat uncle zul n auntie lieza atas pemberian kerusi makan nie..negok la pic kat atas tu bukan main sengeh xmau2...

bEsKaL SayE..


hadiah nie dari kelantan uat si kenit...OOoooo sonok negok qalish bleh gerakkan beskal dia asyik mengundur yer keje nyer..pe2 pun ibu gelak xmau2..heheheee...ibu harap qalish cepat2 la berjalan :)

02 May 2011

SElamat HarI IbU.

"ibu nie asyik2 suruh ira uat keje rumah jer itu la ini la"dengan nada sianak yang tinggi dan marah,''pe salah nyer tolong ibu''(suara ibu yang sungguh hiba)lalu si anak pun membuat list setiap apa kerja yang dilakukan oleh si anak hendaklah di upah...

kemas rumah : RM5
Basuh Pinggan : RM5
Kemas Bilik : RM5
Cuci Baju : RM5
TOTAL RM 20

semalam si ibu tidak tidor memikirkan kenapa si anak bersikap sedemikian,dengan rasa begitu sedih si ibu membalas sepucuk surat lalu diberikan kepada anak ketika pulang dari sekolah..

Upah si ibu untuk si anak yang disayangi..
meletakkan ira dalam rahim ibu : RM percuma.
mengandungkan ira selama 9bulan : RM percuma.
bertarung nyawa melahirkan ira : RM percuma.
menjaga ira dari umur satu hari hinggalah sekarang : RM percuma.
                          jumlah kesemuanya adalah percuma.

setelah sianak membaca surat tersebut berjujuran air mata tanpa henti2 lalu sianak lari mencari siibu ingin memohon keampunan sambil memeluk si ibu.."maafkan ira ibu"...segala pergorbanan ibu xdapat di bayar dengan emas walaupun pun emas setinggi gunung ataupun sebesar lautan...


SEMPENA HARI IBU YANG AKAN DATANG SAYA INGIN MENGUCAPKAN 'HAPPY MOTHER DAY' BUAT SEMUA YANG BERGELAR IBU.

BUAT IBU KU MAJIAH BINTI NURUDDIN  DAN IBU MENTUAKU MALIAH 'HAPPY MOTHER DAY'
SEGALA PERGORBANAN MU AKAN KU KENANGAN SEHINGGA AKHIR HAYAT KU DAN SEGALA PENAT MAK MENJAGA ISHA XDAPAT ISHA BAYARKAN DENGAN EMAS SETINNGI GUNUNG SEKALI PUN..ISHA SAYANG MAK

01 May 2011

koraNG bEToi Ker TaRian pOCo2 ni harAM

Tarian poco-poco yang glamer sekarang ni ditarikan sebagai senam aerobik dikatakan haram..Betul ke? Tarian yang dikatakan berasal dari Indonesia ni rasanya ada je kat kursus atau program rasmi. Siap masuk TV lagi aritu. Tapi ada jugak kata bukan dari Indonesia..so dari mana?

Saya sebenarnya dapat satu email dari rakan sekolah mengatakan tarian poco-poco atau pocor-pocor atau pocoh-pocoh ini adalah haram sepertimana yoga yang difatwakan haram. Bacalah email di bawah ni:

Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita x perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan

Cara Qadakan Solat


Adalah diwajibkan mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat tunai (solat pada waktu) sekiranya tidak dibimbangi habis waktunya.

Tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggal itu adalah kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan qada’ daripada tunai.

Adalah diwajibkan juga mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat yang ditinggalkan dengan uzur.

Begitu juga wajib mendahulukan qada’ solat yang ditinggal tanpa uzur daripada solat sunat rawatib tetapi sekiranya solat qada’ yang ditinggalkan itu kerana uzur maka hanya sunat sahaja mendahulukan solat qada’ daripada solat sunat rawatib.

Kemudian lagi disunatkan qada’ solat itu menurut tertib waktu solat seperti diqada’kan Zuhur sebelu Asar, dan begitulah seterusnya.

Malahan tertib itu sunat dipelihara walaupun waktu-waktu qada’ solat itu diselangi atau terputus oleh tempoh masa yang lama.

NIAT QADA SOLAT

Niat qada’ solat sama seperti niat solat biasa, cuma bezanya diselitkan dalam fikiran bahawa solat yang dilakukan itu adalah qada’. Sebagai contoh: 
Aku solat fardhu asar 4 rakaat qada’ kerana Allah

    -INGATLAH WAHAI TEMAN-TEMAN HUTANG WAJIB DIBAYAR-

30 April 2011

today i'm so seday.

Pagi-pagi lagi en.suami telah g kerja di luar kawasan orang puteh kate 'out station' bukan dekat jauh tau kat Kelantan ,rabu di Terengganu dah khamis di Pahang selama seminggu itu xpe lagi kira kejap jer pejam celik,pejam celik dah seminngu dan kini tinggal lah kami berdua disini 'umah ler',ibu harap abah selamat pergi,selamat sampai dan selamat pulang.Minggu depan ke Serawak dan Sabah pulak kali ni 2minggu kena tggal 'lame tuuu xsanggup den' pe nak buat udah koje kena lah patuh...demi negara dan bangsa suami ku rela berkorban..akhir kate ku buat si suami..
    -majulah kerja mu sesungguh kerja itu adalah satu ibadah dan rezeki tuk si kecik amin-

TaTU PDRM 2011.

balik dari keje td petang en.suami suruh siap2 kate nyer nak bawak kami g negok TATU PDRM 2011, pada mula nya malas nak g coz malam tu nak negok 'maharajalawak',tp TATU ni bukan selalu da' betoi gak' 5tahun sekali jer..pe lagi teman pun siapkan diri n anak 'lest go bebeh'.....sesudah sampai fuyoo penuh nyer rakyat berbaju uniform polis bukan pe ari ni hanye tuk anggota polis bersama keluarga jer...pembukaan nyer yang cukup hebat da helip,bunga api letup2,moto pacak,payung terjun,kawad badut eish3 byak betoi persembahan yg polis tunjukkan cukup menarik vs gempak..'gambo yer' xda la uat kawan2 coz kami duduk jauh takut2 qalish terkejut letupan bunga api..uat korang xdpt g negok kena tggu 5taun lagi la yer heheheeee...
                                                       -saat-saat yang terindah-

28 April 2011

guLai paJeri punyeR citer

lauk untuk ari ni gat kan nak masak gulai pajeri nenas sedop tuuu..gambo kat atas sekadar perhias blog aku jer heheeee.dah lame aku xmakan gulai pajeri nenas ni tambahan pulak nenas yang dibawa pulang dari JB oleh en.suami.ok ler kalo korang nak tau resipi ape yag aku pakai ni aku pakai resipi mak aku org perak....cer follow kalo nak tau resipi nyer.

p/s untuk makan 2orang punyer.

bahan2 nyer.
nenas madu.(kecik)
santan.(1/2 cawan)
bawang kecik(3labu pun cukup hiriskan)
halia(1/2 jer hiriskan)
bawang putih(2 ulas hiriskan)
kulit kayu manis(2 pun cukup)
bunga lawang(dalam 3 bunga yer)
kerisik(satu sudu beso ok dah)
udang kering(kisarkan)
rempah kari daging(1peket)
air (1/2 cawan)
minyak masak.

cara memasak
korang masukkan minyak masak sesudah minyak td panas,tumiskan dulu bawang kecik,halia,bawang putih,bunga lawang  kulit kayu manis,dan udang kering(yg dikisarkan tadi) tumis selama 2-3 minit atau korang dah da bau2 tumis tu tadi kemudian masok kan pulak rempah kari daging tumiskan sehingga rempah td pecah minyak baru masok kan santan yer puan2,lepas tu tunggu dalam 5minit masokkan pulak kerisik kemudian last sekali korang masok kan nenas dan tambah lah perasa ikut selera anak tekat korang yer..

 -SELAMAT MENCUBA RESIPI KU RESIPI MU JUA- 






27 April 2011

Vokal en.katak kelaut hari ni tu hujan xmau2 tu(lebat) gaagaggaaa dan sebagai hamba mu ku bersyukur sangat kepada mu YA ALLAH..dalam hujan2 ni orang kata seronok tido tp aku ni pelik xboleh tido time hujan bukan pe aku menikmati hujan yang turun,kalo dapat mandi air ujan ni sonok gak teringat plak zaman budak2 dulu heheheee..tiba2 terkejut sape plak ketuk kat cermin tgkap ni sape datang time2 ujan vs kilat ni bangla jual karpet ke???,aku pun buka la pintu rupe2 nyer en.suami sudah balik dari JB best nyer Yahoo bukan balik saje tau da bawak blik kopi 434 bersame-same kerepek pe lagi jerang air uat kopi susu sambil kudap2 kerepek dan thanz sayang bawa balik kopi n kerepek2 ni tuk saya yer ..

26 April 2011

kEnduri NaIK Buai laJU2 si kEcIk.

'Buai Laju2 Sampai Pokok Sena'heheheheeee...cantek tak buai si qalish ni cantek kan gan jeles tau.nie hasil keje tenun menenun oleh my sis in-law iEda dan jojoi my bro yang sanggup datang tengah malam tuk siapkan buai ni,bukan ape aku teringin sangat nak tengok qalish naik buai cantek sebegini rupe.Kenduri ni uat kat kampung,umah monther in-law bemban mali takde sombong punyer,Tema kaler kami sepatut nyer marron tp telah dicampur2 kaler nyer,tue yang keluar kaler pelangi,majlis berlangsung pukui 10am sehingga 12.30pm,Opah2 ni datang dari kampung parit berpakaian lengkap berbaju kurung blue kaler,siap di iringi alunan melodi dan vokel opah yang indah2 dan cukup mantop.Terima kasih xterhingga kami ucapkan kepada family saya,family mentua dan semua yang turut hadir ke majlis kenduri buai anak kami semoga Allah merahmati hidup kalian dan kami sekeluarga amin2.

24 April 2011

Ya Allah ku bersyukur kepadamu,telah memberi kami rezeki kali ke2 dengan mengkurniakan seorang anak dalam kehidupan kami ini,tanggal 22 febuary 2010 aku telah di sahkan mengandung untuk kali ke 2 setelah kandungan yang pertama gugur.Hari berganti hari,bulan berganti bulan,aku selamat melahirkan baby boy pada tanggal 1 December 2010 seberat 3.5kg,jam 5pm,setelah selamat dilahirkan melalui pembedahan,tidak mampu ku unggapkan hanyalah airmata yang mampu mengalir tanpa henti-henti "bersyukurnya aku kepadamuYa Allah" .Aku tergamam seketika setelah salah seorang doktor menunjukkan anak kami "amboi putih nyer anak ibu nie",bukan sebab apa mase aku mengandung dulu suka sangat minum kopi sedap tau heheheee...tp aku xkisah putih ker hitam ker 'bersyukur sudah'.Isma Qa'id Qalish hasil tercetusnya idea kami ingin meletakkan name bermula huruf Q dan isma tu plak atas permintaan sisuami untuk mengekalkan nama isma di depan.Qalish dilahirkan di hospital besar Ipoh sebab hendak mengekalkan generasi anak Perak.
 -"sampai disini je la saya bercerita tentang anak kami yer"- :,)