loVe 4 EveR

loVe 4 EveR

16 May 2011

kEriaGan kEmBaLi...

Walawe...sonok nyer my hubby is back,malam td smpai..pe lagi banyak hadiah dari SABAH N SERAWAK..
dari Serawak dah tentu ler kek lapis pe lagi benda tu jer yang 'femes' kat sana nun..from Sabah plak ikan,beg dan baju untuk si kenit..beg dah tentu2 hak milik saya yang bernama isteri gaggaaa..ikan banyak plak orang Sabah bagi,so uat pe lagi masak ikan 3rasa la..pe2 pun syukur aldllah suami ku selamat pulang n tiba tadi malam,terubat kerinduan mana tak nyer selama seminggu lebih di tempat orang...Yahooooooo

14 May 2011

tidolah wahai sayangku...


Urutan bayi merupakan hadiah kedua terbaik yang boleh diberikan oleh seorang ibu selain daripada susu ibu. Menurut Institusi Kajian TOUCH oleh University of Miami, urutan bayi telah dibuktikan dapat : 

  • meningkatkan sistem imunisasi bayi kerana urutun boleh membantu menstimulasikan hormon imunisasi yang bertindak terhadap penyakit seperti jangkitan, selesema, kemurungan, cirit-birit, dan lain lain.  
  • berupaya meningkatkan jisim tulang bayi sebanyak 15%.
  • membantu meningkatkan berat badan yang sihat kerana urutan bayi turut menggalakkan peningkatan hormon penyerapan makanan; maka makanan lebih efektif diserap.
  • menggalakkan perkembangan motor seperti berjalan kerana urutan menstimulasikan sistem motor badan.
  • membantu dalam perkembangan mental, terutamanya perkembangan rasa selamat, berkeyakinan serta berdikari disebabkan oleh hubungan erat yang terjalin dengan ibu.
  • membantu bayi tidur dengan lena dan lama serta membantu bayi daripada terjaga pada dengan malam sebanyak 33%.
  • membantu mengatasi masalah kolik dan pencernaan.
  • mengeratkan ikatan kasih saying antara ibu dan bayi
Kajian mencadangkan bahawa penggunaan minyak badan bayi dalam urutan bayi telah menunjukkan kesan yang positif kerana minyak badan boleh membantu mengurangkan kesan geseran, maka bayi kurang menunjukkan kesan stres. Penggunaan minyak badan bayi juga adalah lebih selesa.

Qalish sudah tumbuh gigi...


Gigi pertama si kecil
Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa  gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.
Kebanyakan bayi  mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.
Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :
Kegatalan gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.
Gusi sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.
Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.
Kurang makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.
Atasi masalah ketika tumbuh gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri  jika ia tercekik.
2.Jika  gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar  dengan kereta.
5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.
Penjagaan gigi dengan berus gigi yang lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.
 
Masalah gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.
Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku
Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.
Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

cara mengatasi anak menangis


Anak menangis tidak semestinya sakit. Hakikatnya bayi menggunakan tangisan sebagai medium komunikasinya. Kenali erti tangisan bayi.
Lapar
Sering kali tangisan dikaitkan dengan lapar. Penting anda memastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi. Sekurang-kurangnya sebelum tidur pastikan bayi mendapat penyusuan ibu yang mencukupi bagi mengelak terjaga lebih kerap.
Basah
Bayi merasa tidak selesa apabila lampinnya basah. Sekali gus membuatkan dia menangis! Kerap menukar lampin mengelak bayi daripada mengalami ruam. Ruam yang akan membuatkan bayi berasa tidak selesa yang membuatkan dia meragam.
Keselesaan
Ruang tempat tidur bayi yang terlalu banyak bantal dan barang mainan membuatkan bayi berasa ‘lemas’ ketika berada dalam katil bayi. Pergerakan yang terbatas membuatkan bayi tidak selesa. Memadai  hanya bantal, selimut dan bantal peluk serta mainan gantung untuk si manja tidur dengan lena.
Suhu bilik
Persekitaran tempat tidur yang terlalu sejuk atau panas akan membuatkan bayi tidak dapat tidur dengan lena kerana berasa panas atau sejuk. Jadikan pastikan bilik dalam suhu bilik 27°C yang membuatkan bayi berasa seronok berada dalam biliknya.
Kolik
Bayi yang mengalami kembung perut (kolik) akan menangis dalam tempoh yang lama dan sukar ditenangkan. Kakinya ditarik ke dada semasa menangis. Urutan pada bahagian perut  dengan minyak telon melegakan si manja.
Berasa letih dan mahu tidur
Bayi akan menangis apabila berasa terlalu letih. Ia mungkin berlaku kerana mengalami rangsangan fizikal secara berlebihan. Apabila mengalami situasi ini, dukung bayi sambil mengusap bahagian belakangnya (cara ini membuatkan bayi bersama dirinya selamat). Apabila dia kembali tenang, cuba urut perlahan pada seluruh anggotanya tanpa perlu menanggalkan bajunya (waktu urutan yang paling baik adalah selepas bayi mandi).
Baju terlalu tebal
Memang tidak dinafikan bayi perlu sentiasa memakai baju untuk mengelak mengalami kembung perut. Tetapi jika pada waktu siang yang agak panas dengan pemakaian baju yang tebal, bayi pastinya tidak selesa yang akan membuatkan dia meragam. Baju yang nipis atau jenis berlubang bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara bersih yang nyaman dari luar mendinginkan badan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas.