loVe 4 EveR

loVe 4 EveR

11 May 2011

Renung-renungkan Lah.

"mengapa suami suka melihat kerja-kerja rumah tangga itu tak bermakna.Mereka cenderung tidak menghargai kerja isteri dirumah.Padahal kerja rumah itu memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menguruskannya.kalau isteri tak kebal mental siapa yang redha bangun tengah malam dalam keadaan mengantuk untuk menyusui anak kemudian menghantar ke sekolah sementara suami asyik tidur.Memasak,membasuh pakaian dan mengatur kemas rumah walaupun tak sihat.Menahan sabar dengan kerenah anak-anak dan menjaga mereka sepanjang masa.Pekerjaan apakah di dunia ini paling tidak berbaloi jika di gaji termahal sekalipun,kalau hati anda terus menerus diusahakan oleh perkerjaan itu.Masa dan ruang anda tetap berada dalam kongkonganya dan anda tidak ada cuti sehari pun untuk kerier sepanjang hayat ini.Inilah kerja sebagai suri rumah sepenuh masa yang sering diremehkan para suami kerana isteri-isteri ini tidak bergaji dan tentu saja tidak ada harta isteri yang boleh dimanfaatkan suami.Keadaan sebegini membuat suami sering mengukit, 'Kalau awak bekerja bolehlah tolong saya uruskan masalah kewangan keluarga,sudahlah tak bekerja,di rumah saya juga mesti tolong awak?' Memang!.Dalam islam taat kepada suami adalah kewajibpan tetapi ketaatan ini bukan dimanipulasikan kerana taat isteri menuntut balasan dari suami.Balasannya ialah penghargaan,ketundukan,kasih sayang,setia dan sudi berkongsi.